Aku manusia tak sempurna ~

Rabu, 14 November 2012

Mara Hilang Clara mati digilis T_T

Belom reda lagi kesedihan dan kesengsaraan aku akibat putus cinta dengan someone , nampaknya Tuhan sekali lagi menguji aku dengan berita kematian Mara ! Seekor anak kucing yang menjadi kesayangan aku dan family .  kematian mara sama je dengan kematian kucing-kucing peliharaan aku yang lain , mati sebab digilis kereta .Kereta tu pulak kepunyaan bapak aku Ismail Shamsudin ! So aku pun tak boleh nak salahkan dia sebab kucing-kucing aku memang gemar tidur bawah kete .  Kalo orang lain yang

gilis memang aku saman 10 juta la! jangan main-main dengan aku . Sukar sangat nak terima ketiadaan Mara . Aku x sempat nak tengok dia besar . Aku tinggalkan dia masa umur dalam sebulan lebih-lebih camtu la and then aku datang johor . Mara ni bebeza dengan kucing-kucing aku yang lain . Warna oren , bulu lebat giler , kuat menikus . Mara ni adik kepada Clara . Clara pulak hilang sampai harini tak jumpa ! Firasat aku mengatakan ada orang curik !! Clara & Mara sama-sama chomel .  Sedihnya ! Huhu .

Dikhabarkan Mira , Ibu kepada Clara and Mara dah beranak pulak . Sayangnya , anak yang baru dilahirkan  semua tak sama dengan Clara dan Mara !! Kiut pulak , abang  kepada Clara dan Mara , dikatakan degil . Buat hal naik rumah jiran depan tak reti nak balik ! Kiut ni jantan k . Bukan betina . Boleh jadi yang Clara dan Mara ni anak dia !Apapun aku sedih sangat dengan berita mengejut ni ! Harapan aku semoga Clara dijumpai !


Jumaat, 9 November 2012

Kenapa aku tidak pernah serik ?


Hubungan aku dan dia tak bertahan lama juga akhirnya .  Aku memang dah jangka semua ni akan terjadi . Aku redha dengan semua ni . Thanks Allah sebab tunjukkan aku siapa dia sebenarnya . Aku memang tak bahagia dengan dia , tak sehaluan dengan dia .Biarlah dia pergi dari hidup aku buat selama-lamanya . I do not her anymore ! Aku akui buat masa sekarang hati aku masih sayangkan  dia lagi tapi aku berjanji pada diri yang aku tak akan terima dia lagi dan akan  melupakan dia as soon as possible !Aku pun tak tahu kenapa dia boleh muncul dalam hidup aku . Kehadiran dia cukup menyiksa hati aku . Aku betul-betul kecewa , sedih dengan sikap dia terhadap aku .Memang menyesal giler babi kenal dengan dia .Penat aku bekorban demi dia tapi dia tak pernah menghargai ! malah layan aku macam aku bukan sesiapa bagi dia . Oh cukuplah !Aku harap dia tak carik aku lagi pasni .Semoga semua ni dapat memberi pengajaran kepada aku !




Khamis, 8 November 2012

Isnin, 1 Oktober 2012

Samsung corby II


Alhamdulillah dapat beli hanpon baru . Inilah dia Samsung corby II .Shomel tak guys ? Ramai orang pakai telefon ni sekarang kan . Dah lama ngidam nak pakai telefon ni cuma tunggu masa telefon lama aku rosak je . Hehe hari ni dapat jugak rasa samsung corby II ni .


Harganya tak lah semahal samsung galaxy tab tuu . Dan tak pula secanggih I-phone dan blacberry . hehe .  Mampu sangat setakat nak beli yang macam tu tapi memandangkan ia bukan satu keperluan bagi aku . Elakkan membazir , so duet pon jimat . Ke camner guys ?


Telefon ni dah cukup complete ! Dapat   sms , call orang , amik gambar dan dapat dengar music . Nak apa lagi ? nak online facebook pon boleh .  Wifi pun ada beb ! Aku pilih yang warna hitam kuning . Siap suruh dia tinted terus . Telefon baru kan , kot-kot calar . hahaha .Mula-mula beli sayang la , lama-lamaa pakat main baling je ! Terbaiklah samsung corby II !

Ahad, 5 Ogos 2012

Final olimpik badminton 2012 DLCW tewas!



Perlawanan badminton final olimpik antara Congwei vs lindan dah berakhir ! Tahniah buat congwei walaupun x dapat pingat emas . Pingat perak pun jadilah ! Yang pasti congwei dah buat yang terbaik , buktinya set pertama lindan tewas 15-21 ditangan congwei , cuma set terakhir congwei tewas hanya dengan 2 mata saja ! syabas congwei ! cuba lagi lain kali . jadi belum ada atlet yang berjaya bawa pulang gold medal ! tak usah sedih2 la rakyat malaysia . Belom ada rezeki lagi . Be cool bebeh !

Khamis, 10 Mei 2012

Suamiku PONDAN !

Mak aihh!! ini dah kes berat ni . Dah boleh bagi hukuman pancung sampai mati hidup semula ni . Haha . Suami dua alam ? siang jadi lelaki sejati , malam pulak berubah jadi wanita !! bergincu , bermake up tebal , pakai coli , pakaian pelangsing , pakai baju tidur perempuan . MasyaAllah ! MasyaAllah ! nak gelak sakan pon ada , nak marah tahap dewa pon ada . Anak saper lah ! Malang betoi nasib si isteri dapat suami canggitu kan . Apa kejadah suami pakai pakaian pompuan gitu . Pening dengan dunia sekarang . Isteri dia buntu dengan sikap pelik suaminya dan terpaksa membendung penderitaan itu sejak di awal perkahwinan 15 tahun lalu . Omai ALLAH , kira dah lama isteri dia tau , kesiannya aku dengan isteri dia . Bayangkan siang hari suaminya jadi lelaki sejati , melaksanakan tanggungjawab termasuk pergi bekeje kontrak . Bila tiba waktu malam penampilannya berubah menjadi princess sampai x berani keluar rumah takut orang nampak penampilan peliknya . Apalah nak jadi . Padahal dah ada anak bini . Pondan jugak nak jadi . Sepatutnya bini dia tu awal-awal lagi mintak cerai atau bawak suami  pegi jumpa kauseling ! Think positive la ok , maybe ada hikmah disebalik dugaan Allah yang berat ni . Semoga suaminya diberi petunjuk . Doakan yang terbaik ! InsyaAllah .

P/S : SABAR YO KAK LEHA DENGAN ABANG MAMAT TU ~ 

Jumaat, 4 Mei 2012

Siti di KBMALL Kota Bharu ~

Kejap lagi lebih kurang jam pukul  2 : 30 petang nanti Dato siti , Khairul Fahmi aka Apek datang kb mall . Ada ujibakat simplysiti dekat sana . Apek datang aku x peduli sangat sebab dia pun orang  kelantan ! Yang Aku frust menonggeng  ni sebab tak dapat jumpa idola aku  ,Tok Ti . dari semalam aku terfikir - fikir nak g dengan saper . Aku x ada transport . Kete ayah aku bawak . Kawan - kawan pun semua bizi . So x nak kacau dorang . Lagipun dorang x minat Tok Ti . Aku peminat no 1 Tok Ti , dah lama  aku impikan nak jumpa dengan beliau dari dekat . Selama ni asyik dok tengok dalam TV je . So aku nak tau orang yang aku minat ni benar - benar wujud ke x kat luar ! Hahaha ! Adoi Tok Ti ni , time aku terdesak transport jugak dia nak datang . Kalau bole nak sangat jumpa dengan Tok Ti , nak salam dengan Tok Ti ,  bergambar dengan Tok Ti , nak  jadi  peserta ujibakat simplysiti dengan Tok Ti . Ops ! Layakkah aku ? Aku anti wangian . Hahaha . Dah la perkahwinan Scha Al - Yahya dan Awal Ashaari semalam x dapat g . Malang betul nasib aku . Takper lah x dapat jumpa Tok Ti harini . Sampaikan salam aku pada Tok Ti. Aku jeles sangat dengan korang yang dapat jumpa Tok Ti .

Perkahwinan Scha & Awal

TAHNIAH BUAT SCHA & AWAL , SEMOGA BAHAGIA HINGGA KE SYURGA ♥ ♥ ♥



Alhamdulillah dengan sekali lafaz
Kini Scha milik Awal
Senyuman pengantin baru ~
Jam tangan dari Awal
Apa entah !

Khamis, 3 Mei 2012

Bob Kuman meninggal dunia ~

Salam maghrib uols , marilah kita sama - sama sedekahkan Al - Fatihah buat Allahyarham pelakon dan pelawak terkenal tanah air Bob Kuman yang telah menghembuskan nafas terakhir tepat jam 4 : 30 petang tadi . Allahyarham menghembuskan nafas terakhir disisi isteri terchenta di kediaman mereka , di Kota Damansara sebelum di bawa ke Hospital Sungai Buloh . OH My God aku x tahu la pulak beliau dah kahwin . Apa pun semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman , juga takziah aku ucapkan buat seluruh ahli keluarga dan sahabat handai Allahyarham Bob kuman. . Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati . Bila pula giliran kita ? akan tibalah satu masa nanti , ajal maut itu ditangan Tuhan . Bersedialah kita untuk menghadapi sakratul maut .Sekian berita dari planet ben10 ~ Jom solat Ishak!!