Aku manusia tak sempurna ~

Rabu, 15 Februari 2012

Special resipi today: Sotong Kicap berserai!


 1 HARI 1 RESIPI  

 Sedap sangat walaupun tak ikut resipi sebenar 100%. 

SIMPLE RESIPI DARI AKU :
  • 4 Bijibawang putih
  • 1 biji bawang merah
  • 1 Biji bawang besar
  • 1 batang serai
  • Cili padi 5/6
  • Secubit garam
  •  Sotong saiz kecil 9/10 ekor

Selasa, 14 Februari 2012

Master Chef mencari anda! Hahaha

Sotong Masak Pedas


Today is tuesday! At 12 pm. Breakfast is over.My brother awal2 lagi berangkat  ke tempat keje.Aku still tidur,kepenatan semalam tidur lewat coz tak mengantuk.Bangun tidor sekitar pukul 1 Tengahari dalam keadaan perut lapar .Masuk dapur i think Abang aku ada masak paper before pergi keje.Mungkin dia tak sempat masak kot.Omaigod!Aku sesangat lapar.What should i do? Takkan nak biarkan perut  aku terus kekosongan macam ni...Arghh!!! aku masak sendiri jelah!Aku kan peminat Ezani Master Chef musim pertama.So aku akan berusaha jadi macam dia hari ni! Yeahh! Tetiba ingat tagline The Rock WWE 'What The Rock is cooking'! Haha

Daging Goreng Kunyit

Aku bukak peti sejuk aku tengok ada daging dan sotong mentah.Bejam2 pikir nak masak apa dengan lauk2 ni semua.Kalau daging aku dah terbayang nak buat daging goreng kunyit.Kalau sotong pulak aku terbayang nak buat sotong masak pedas!Bedebar  giler beb nak masak! Seriusly! aku tak pandai masak. Aku pandai masak air dan meggi jer.First time dalam hidup aku masak memasak ni.Aku berusaha jugak nak  buat dua2 masakan feveret aku tu hari ni.Siap search resipi lagi kat google.Mula2 aku buat daging goreng kunyit.Yang tu simple!memang menjadi.Paling mencabar giler bagi aku buat sotong masak pedas.Masakan yang paling sukar.Macam2 tak kena .Hahaha.Aku kupas 4 biji bawang putih,1 biji bawang merah dan 1 biji bawang besor,and then aku blend sampai lumat.Aku tumis,aku masukkan cili kering yang dah diblend,aku masukkan  sedikit garam,gula,last skali aku masukkan sotong lebih  kurang 15 ekor sambil hati resah takut tak menjadi! Hahaha. Bila try ? Huh! Lega akhirnya! Memang puas hati dengan masakan aku! Alhamdulillah.Alhamdulillah.Tak sangka,memang tak sangka aku pandai masak! haha Syukran!My brother pun puji giler masakan aku.Bangga kejap,bayangkan daripada tak reti masak langsung tetiba berjaya aku masak semua ni dengan sedap.Cehh! 


Boleh dah la nak ngurat Ezani Master Chef pasni. Hahaha



Isnin, 13 Februari 2012

Say no to VALENTINE'S DAY!



So sori yeah!


''Happy valentines's day you''...Apa? skali lagi nak dengar? Hey! Jangan sembarangan nak ucap yer. I'm muslim dan sepanjang hidup aku pun tak pernah nak ucap kepada kawan2 seagama dengan aku apatah lagi nak meraikan hari yang entah paper tu.Bukan ke dalam agama islam Allah telah mengHARAMkan couple sebagaimana islam mengHARAMkan celebrate or wish hari kekasih kepada orang islam.Tapi hampir semua umat islam hari ini melanggar hukum Allah.Bercinta bagai nak rak, sanggup serah tubuh lagi,some of them hamil anak luar nikah,buang anak merata2 kira tunggu bala je datang dari Allah.Tu pun dorang still tak sedar2 lagi!Ek eleh setakat nak sambut hari valentine sehari je pun lagilah mereka tak hairan!!


Sometimes aku pun confuse kenapa ramai umat islam terpengaruh dengan valentine's day?Siapa yang patut meraikan hari tersebut? umat islam ni kan besungguh dalam segala hal la.Aku pun tak paham.As i know,valentine's day disambut oleh manusia2 yang beragama kristian jer not muslims ok!Bukan apa,aku meluat sangat tengok umat islam meraikan hari tersebut seolah2 mereka  beragama kristian pulak.Sambut pulak lebih daripada orang  yang beragama kristian sambut! Sedangkan dalam islam couple itu pun diHARAMkan apatah lagi hari kekasih!ulang lagi ayat ni. Nak kasi umat islam yang beria2 nak sambut tu paham sikit.Yang tak paham tu tolong buat2 paham bole?umat islam yang sambut pulak bila orang tanya ada jer alasan.Alasan apanya lagi dah jelas2 orang kata haram.Haramlah dik non!!!!



Mengikut maklumat yang aku baca dari blog salah seorang blogger terkenal la kan,pernah waktu sambutan valentine's day zaman di sekolah menengah dulu, sekumpulan jantan dan sekumpulan betina akan membuat perjanjian 'permainan aksi ranjang' mereka dimana setiap pasangan akan berjanji melakukan seks haram pada malam hari kekasih.Orang melayu islam ni yer  buat keje2 bodoh macam ni.Adakah valenitne's day ni hari penyerahan tubuh pada pasangan masing2? Subhanallah!Tak tau nak kata apa dah.Bangang,bodoh,giler semua ada.Macam2 orang islam zaman sekarang.Buat tambah dosa jer.



Ada jugak  umat islam yang tak sambut hari kekasih tapi mengatakan bahawa  ''sambut valentine's day ni tak berdosa.Sesiapa sahaja boleh menyambut atau meraikan hari tersebut kalau dia orang nak.Cuma manusia yang melebih2 menyambut dan menggunakan valentine's day sebagai alasan untuk 'berkasih sayang' Haram''.Aku pelik je dengan statement dia ni.Kalo orang islam yang lemah iman ni baca conpem dorang akan sambut! hey you, sape kata tak berdosa pulak? cuciter?dah terang2 orang cakap hukum sambut valentine's day tu HARAM. so kalo buat jugak? hukumnya BERDOSALAH dik non!






Ahad, 12 Februari 2012

Semata-mata ciken cop 5 rial!

Gambar hiasan! ciken cop ni tak sedap:p



Hari ni awal-awal lagi aku dan abang aku planning nak makan ciken cop dekat hutan bandar malam ni .Kira petang ni kita orang dah tak makan nasik or masak paper dah sebab nak isi perut banyak-banyak dengan ciken cop. Mungkin ada yang tertanya tanya  apa yang specialnya ciken cop kan? memang dah tak ada makan lain ke nak makan selain ciken cop? meh nak cop dekat hidung! Yepp! memang ada , tetapi kat johor ni tak ada makanan lain sesedap dan semurah ciken cop hutan bandar ... Ada paham? 5 rial je !! bukan sebab kita orang tak ada duit tapi nak bejimat! kenyang pon kenyang! hehehe .Bayangkan dari Pasir Gudang ke Hutan Bandar ambil masa 40 minit!  aku dan  my bro sanggup meredah jem yang amat dasyat! orang cina pulak berpusu2 entah dari mana . Buang masa bejam2 atas jalan raya tadi . pening kepala dibuatnya! sampai je kat hutan bandar jem lagi! memang teruk giler laa..confuse jugak ada natam apa pulak malam ni sampai  sesak camni! nak carik parking pulak susah , last2 terpaksa parking dalam sekolah sampai kene marah dekat Pak Guard! haha memang tak boleh bleh lah la! nasib baik Pak Guard tu jenis yang mudah bertolak ansur . Lastly Tuhan mempermudahkan kita orang . May Allah bless him! hehehe . apa yang buat kita orang  sedih , kedai makan ciken cop yang lima rial tu tutup! cissssss!!! patutlah jalan raya sesak , rupanya orang cina ada  buat persembahan chenggey kat Tokong Hutan Bandar! menyusahkan betol!!!!!! Tomorrow never die! kami akan berusaha pergi! ... Hehehehe :)

Sabtu, 11 Februari 2012

oh bella calamidades!

 Hidup aku kembali boring sejak my sister in-law ,Bella Calamidades balik ke Pineng . Aku sangat merindui masakannya yang 10 kali ganda lebih sedap daripada masakan abang aku.Hehehe .Jangan terasa yer my bro , mintak sori sebab dah banyak kali aku mengata kat ko dalam blog nih.Maybe ni dah kali ke 100.Genap! Pasni conpem aku tak nak ngata ko lagi dah.Aku pun ingat dosa jugak!Aku sayang ko!(dalam hati werkk!) hahaha.Seriusly aku amat merindui Bella Calamidades! Korang jangan ingat Bella Calamidades dalam telenobela kat tibi tiga pulak.Bella Callamidades ni dah jadi wife abang aku k ! So sesape pun x boleh tackle dia termasuk aku! Bella kat telenovela tu banyak hipokrit! pemalas ! harap muka je lawo .Nilah Bella Calamidades versi pinang ni! seksi tak?  Curlast ko jah .Haha

Ben dan Bella calamidades
Bila la pulak dapat makan cucur ,puding , nasi goreng dari air tangan  Bella Calamidades! , nak p jejalan round satu bandar johor, nak p makan chiken cop yang harga 5 ringgit kat Hutan Bandar ,nak window shopink.Hehe .Saya dah nak balik klate nih Kak bella oii .Kalo bukan sebab Bella calamidades , memang haram jadah my brother nak bawak p jejalan canggini . Hahaha . Tunggulah sampai kiamat pon. Aku bertuah sebab ada kakak ipar yang rajin! Isteri solehah .Banyak perubahan berlaku dalam rumah abang aku yang serba rimas nih sejak dia datang .Rumah hampir jadi istana maharaja Haha . Complete!!! Urusan rumah yang selalu aku buat,100 percent ditangan Bella Calamidades.Makan minum , pakaian semua terjag...bangun tidok pagi makanan dah tersedia .So sepanjang Bella Calamidades stay sini tiba giliran aku la pulak goyang kaki! Buat keje ye bik . sambil gelak jahat ! Sori kak bella if terbaca . Sekadar suka2 jer .Saya sayang akak ketat2 k .Heheh

Jumaat, 3 Februari 2012

Izwan Pilus .. Raise in Peace!





Antara gambar terakhir arwah

Dalam lelapku ini ku terbayang wajah seakan puteri dan hilang segala rupa yang telah ku bayang ...Inilahlah bait2 lagu 'Indah Lelapku' nyanyian Allahyarham Izwan Pilus yang memecah kesunyian aku pada malam ni. Best tak aku nyanyi tanpa sore? Tetiba teringat dekat arwah Izwan Pilus malam2 buta ni,memang dah tak ada orang lain ke nak ingat.Orang yang dah pergi jugak aku ingat.Al-fatihah buat arwah yang dahulu meninggalkan kita. Oh Izwan Pilus,raise in peace!Semoga Arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman,Ameen!Actually aku salah sorang peminat arwah k.Minat sangat dengan lagu2 arwah yang salu  kuar kat corong2 radio.Antaranya kembali senyum,erti kasih dan yang paling pemes skali lagu indah lelapku.Aku mula kenal dengan arwah sejak dia jadi finalis bintang rtm 2004 and then buat album single pertama 'Indah lelapku' tahun 2005,pastu arwah pun pernah jadi finalis abpbh 2006 dan aim 14.Kira banyak jugak lah sumbangan arwah dalam dunia seni.Kehilangan arwah amat2 dirasai!Arwah antara artis lelaki yang tak banyak gosip! boleh puji bab tu.Lagipun orangnya tak kureng hebatnya jugak,tampan.Skali pandang macam korea pun ada,senyuman yang cukup memikat and mudah mesra dengan orang lah.Arwah memang menjadi kegilaan ramai gadis2 diluar sana termasuk kakak aku hahahah! Arwah suka sangat berpakaian ala2 korea.sesuai sangat lah.Sama dengan adik arwah si Aril Af tu.Kalo nak tahu cubalah search dekat google dik non.Aku pun tekejut b***k arwah dah meninggal.Don't expect at all!Patutlah dah lama arwah tak kuar tv .Salunya arwah yang kerap jadi pengacara kat tv1.Si Aril tak ada pulak bagitau yang abang dia sakit dan dimasukkan ke hospital.Tup2 update status kat twitter bagitau Abang dia meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam darah!Sedih beb!!xboleh nak dengar dah lagu dia ni . Ok perlu tutup radio sekarang! tet!