Aku manusia tak sempurna ~

Khamis, 10 Mei 2012

Suamiku PONDAN !

Mak aihh!! ini dah kes berat ni . Dah boleh bagi hukuman pancung sampai mati hidup semula ni . Haha . Suami dua alam ? siang jadi lelaki sejati , malam pulak berubah jadi wanita !! bergincu , bermake up tebal , pakai coli , pakaian pelangsing , pakai baju tidur perempuan . MasyaAllah ! MasyaAllah ! nak gelak sakan pon ada , nak marah tahap dewa pon ada . Anak saper lah ! Malang betoi nasib si isteri dapat suami canggitu kan . Apa kejadah suami pakai pakaian pompuan gitu . Pening dengan dunia sekarang . Isteri dia buntu dengan sikap pelik suaminya dan terpaksa membendung penderitaan itu sejak di awal perkahwinan 15 tahun lalu . Omai ALLAH , kira dah lama isteri dia tau , kesiannya aku dengan isteri dia . Bayangkan siang hari suaminya jadi lelaki sejati , melaksanakan tanggungjawab termasuk pergi bekeje kontrak . Bila tiba waktu malam penampilannya berubah menjadi princess sampai x berani keluar rumah takut orang nampak penampilan peliknya . Apalah nak jadi . Padahal dah ada anak bini . Pondan jugak nak jadi . Sepatutnya bini dia tu awal-awal lagi mintak cerai atau bawak suami  pegi jumpa kauseling ! Think positive la ok , maybe ada hikmah disebalik dugaan Allah yang berat ni . Semoga suaminya diberi petunjuk . Doakan yang terbaik ! InsyaAllah .

P/S : SABAR YO KAK LEHA DENGAN ABANG MAMAT TU ~ 

Jumaat, 4 Mei 2012

Siti di KBMALL Kota Bharu ~

Kejap lagi lebih kurang jam pukul  2 : 30 petang nanti Dato siti , Khairul Fahmi aka Apek datang kb mall . Ada ujibakat simplysiti dekat sana . Apek datang aku x peduli sangat sebab dia pun orang  kelantan ! Yang Aku frust menonggeng  ni sebab tak dapat jumpa idola aku  ,Tok Ti . dari semalam aku terfikir - fikir nak g dengan saper . Aku x ada transport . Kete ayah aku bawak . Kawan - kawan pun semua bizi . So x nak kacau dorang . Lagipun dorang x minat Tok Ti . Aku peminat no 1 Tok Ti , dah lama  aku impikan nak jumpa dengan beliau dari dekat . Selama ni asyik dok tengok dalam TV je . So aku nak tau orang yang aku minat ni benar - benar wujud ke x kat luar ! Hahaha ! Adoi Tok Ti ni , time aku terdesak transport jugak dia nak datang . Kalau bole nak sangat jumpa dengan Tok Ti , nak salam dengan Tok Ti ,  bergambar dengan Tok Ti , nak  jadi  peserta ujibakat simplysiti dengan Tok Ti . Ops ! Layakkah aku ? Aku anti wangian . Hahaha . Dah la perkahwinan Scha Al - Yahya dan Awal Ashaari semalam x dapat g . Malang betul nasib aku . Takper lah x dapat jumpa Tok Ti harini . Sampaikan salam aku pada Tok Ti. Aku jeles sangat dengan korang yang dapat jumpa Tok Ti .

Perkahwinan Scha & Awal

TAHNIAH BUAT SCHA & AWAL , SEMOGA BAHAGIA HINGGA KE SYURGA ♥ ♥ ♥



Alhamdulillah dengan sekali lafaz
Kini Scha milik Awal
Senyuman pengantin baru ~
Jam tangan dari Awal
Apa entah !

Khamis, 3 Mei 2012

Bob Kuman meninggal dunia ~

Salam maghrib uols , marilah kita sama - sama sedekahkan Al - Fatihah buat Allahyarham pelakon dan pelawak terkenal tanah air Bob Kuman yang telah menghembuskan nafas terakhir tepat jam 4 : 30 petang tadi . Allahyarham menghembuskan nafas terakhir disisi isteri terchenta di kediaman mereka , di Kota Damansara sebelum di bawa ke Hospital Sungai Buloh . OH My God aku x tahu la pulak beliau dah kahwin . Apa pun semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman , juga takziah aku ucapkan buat seluruh ahli keluarga dan sahabat handai Allahyarham Bob kuman. . Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati . Bila pula giliran kita ? akan tibalah satu masa nanti , ajal maut itu ditangan Tuhan . Bersedialah kita untuk menghadapi sakratul maut .Sekian berita dari planet ben10 ~ Jom solat Ishak!!

Selasa, 1 Mei 2012

Tahniah Fasha & Jejai


Assalamualaikom & salam sejahtera uols .  Jenguk blog pepagi buta  tiba-tiba rasa x lengkap kalo x tulis entri . hehe . Dengar kabo Fasha Sandha dah kawin  kan dengan Jejai .Sayang sangat Fasha ni , muke dah lawa , kenapa la laki orang yang ko pilih! kalo ensem xper , ni muke pon pecah rumah. Harapkan kaya je . Anak Tan sri gittew !! hehe .Jodoh katakan.Hmm baguslah , syukur Alhamdulillah akhirnya dia kawin jugak . Semoga mereka bahagia hingga akhir hayat , sempat jugak la aku belek - belek gambar dan video perkahwinan dia dengan Jejai semalam dalam beutifulnara .Tak Grand sangat perkahwinan dia kan .Ingat bila dah kawin dengan  anak orang kaya buat majlis kawin wedding of the year . hehe Biasalah , dengan duda anak satu je pun. kah kah kah.  Harap sangat pasni dia x gedik -gedik lagi , xde lagi gosip pasal dia kan . Yela , selama ni membabi buta dengan gosip jer .Menang pelakon wanita popular kat abpbh pun sebab rupa , lakonan x la mantap sangat ! Aku x minat pun kat dia . memang la dia lawo , dulu ada la jugak minat sikit - sikit . Sikit je la . Tapi bila dia dah buat onar pecahbelahkan rumahtangga orang ,gosip situ,gosip sini, aku jadi meluat tahap dewa tengok dia ! sumpah pon , tambah - tambah kalo dia berpakaian macam pela*** . Aku memang sakit hati giler lah . Selalunya rumahtangga yang dibina hasil pecahbelah rumahtangga orang ni x kekal lama . Apa pun aku doakan yang terbaik buat ko Fasha Sandha!! 

T_T

Aku sayang dia . Kenapa dia sanggup buat aku macam ni ?  Bayangkan  orang yang paling rapat dalam hidup aku pulak tu . Kenapa Allah enggan mengabulkan doa aku ? Masih ada yang terbaik ke buat hidup aku dan dia ? Bertahun - tahun  aku nantikan saat itu .Aku mencari kebahagiaan , bukan penderitaan . Bukan saja untuk aku , tapi untuk dia . Semalam aku mati-mati ingatkan apa yang aku harapkan dari dia benar-benar dikabulkan Allah , malah dia mengecewakan aku malam ni . Kenapa begitu cepat dia berubah hati ? sampai hati dia tipu aku !! sampai hati !! oh Allah , aku tak dapat bertahan lagi . Aku sangat - sangat kecewa malam ni . Jangan sampai aku melakukan sesuatu  tindakan diluar kawalan aku .. Kekadang aku x sabar sangat - sangat nak keluar dari kepompong masalah ni . Aku x tahan dah . Sumpah aku menyesal sangat ! Bawalah aku ke tempat yang sangat jauh ya Allah .. aku harap sangat. hope will come true ...''kalau kita kecewa pandanglah ke sungai , airnya tetap mengalir walau dihalang berjuta batu'' tapi aku x mampu untuk melihat sungai . Hati aku benar -benar terguris bagai dihiris sembilu luka .  Hatiku benar-benar kecewa##