Aku manusia tak sempurna ~

Isnin, 12 Mac 2012

Al-Fatihah buat Dirang ~






Akhirnya ...Misteri kehilangan Adik Nurul Nadhirah atau lebih dikenali dengan panggilan manja Dirang akhirnya sudah terjawab hari ni . Opss! di mana adik Nadhirah menghilang ? Apa sebenarnya yang berlaku pada Adik Nadhirah? ..Oh emm gee! rupenyee penemuan rangka tulang manusia yang  rentung di Ladang Kelapa sawit baru-baru ini adalah milik Adik Nadhirah yang dikatakan hilang sejak 1 mac lalu! Bagi aku kes sebegini bukanlah  satu perkara baru yang berlaku dalam negara kita ,Malaysia.Sebelum  ini pun kita pernah dikejutkan degan kes penculikan dan pembunuhan Adik Nurin Shazlin Jazimin,kes kehilangan Adik Sharlini dan beberapa lagi kanak-kanak yang masih belum ditemui. Ini membuktikan Manusia zaman sekarang sudah hilang sifat perikemanusiaan dalam diri sehingga sanggup menculik,membunuh bahkan membakar kanak-kanak yang tidak berdosa!!!Adakan ini disebabkan kealpaan ibu bapa mereka dalam mengawal anak-anak mereka? Hanya Tuhan Yang Maha Mengetahui segalanya tapi dalam kes penculikan Adik dirang ni  mungkin  disebabkan      kelalaian ibunya sendiri yang leka bermain facebook sehingga menyuruh anaknya membeli mee segera dan telur berseorangan diri di kedai runcit meskipun  dirang baru berusia 5 tahun .... marilah kita sama2 berdoa agar kehilangan Adik Sharlinie dan beberapa kanak-kanak lain ditemui walaupun dalam keadaan sadis sekalipu...At least jumpa jugak kan .. Ameen ,,Ameen .....Al-fatihah buat Adik Dirang .Ya Allah grant  her paradise! Takziah buat Ahli keluarga Dirang. ...

Sabtu, 10 Mac 2012

Tsunami Jepun setahun berlalu


Morning guys! sarapan pagi dengan nasik belauk dan coffee mix sambil menyaksikan tanyangan kembali kejadian Tsunami jepun 2011 setelah setahun berlalu dalam rancangan feveret  aku ''Nasik Lemak Kopi o''.Selama 2 jam bersama Fizo Omar dan Lukman hakim hari ini! Sebagaimana yang we uolls tahu 11 March 2011 kita digemparkan dengan kejadian Tsunami yang melanda Negara Jepun kini sudah genap setahun. Oh my god!! cepat betul masa berlalu kan.Siapa yang tak tekejut dan sedih dengan malapetaka yang mengorbankan ribuan rakyat jepun.Aku still ingat lagi tarikh kejadian tu sehari sebelum kak long aku melangsungkan perkahwinan.Masa tu xambil tahu sangat sebab masing2 sibuk dengan majlis akad nikah pada malam tu.Aku sekadar dengar berita dari radio jer.Sampai sekarang masih ramai yang belum dijumpai.Bila kita imbas kembali gambar2 Tsunami jepun sangat menakutkan.Aku tengok video pun rasa takut sangat..Bayangkan satu  wilayah Honshu hampir musnah.Kuasa Tuhan!Ya Allah,jauhilah Malaysia dari sebarang malapetaka...Ameen!! jum uols kita tengok balik gambar2 kejadian:Mudahan we uols mengambil iktibar dan pengajaran dari apa yang berlaku di Jepun:

"ombak membadai di bandar Miyako"
"keadaan rumah seperti timbunan sampah"

Rabu, 7 Mac 2012

Akhirnya .....8 mac 8 malam



Sudah lama aku tak tulis entri yee. Ngomong aja mau tulis tapi henggak tulis-tulis ! Berangan nak jadi blugger fofouler malesia macam Ben Ashaari kunun! bukak belog pun sebulan sekali. Inikan pula nak tulis entri. Menyampah aku dengan Ben Ameer nih! haha. Takpelah tak jadi Ben Ashaari pun.Ben Ameer pun jadilah! Hari ni aku bersemangat nak tulis entri hokey. Beruk ben pun dah makin laju giteww! unifi, wifi ke apa tak perlu lagi uols ! selama ni beruk ben lah menyebabkan aku hilang mud nak berblogging ! time lembab ,huh! tayah cakap lah.Kalah baba* ! Bayangkan bukak belog pun kene tunggu bejam2 baru dapat. Buang mase aku ader !!!

Hari ni 8 mac 2012! Dah sebulan lebih-lebih  berada dinegeri Johor Darul Takzim ni! Boring dan tensen aku duk sini lama-lama ! sumpah pun ! Akhirnya masa yang aku  nanti-nantikan kunjung tiba. Heppi sangat nak balik kampung. Tiket dah beli. 8 mac 8 malam ni aku akan berangkat pulang ke kelantan! Tak sabar nak jumpa mom .. Dad ..fayyad ..Adnin damia. Miss them so much u no but dalam hati hanya Tuhan jee yang tahu betapa sedihnyer nak tinggalkan Taman Desa Rakyat Perdana nih  ! banyak sangat kenangan aku kat sini.Aku belajar masak pun kat sini,itulah kenangan paling banyak gula sepanjang duk sini tahun ni.Tak taulah pulak bila aku dapat datang lagi.InsyaAllah ada rezki nanti ...

Akhirnya aku terbang pulang !! I believe i can touch in skar!!

Nak berangkat malam ni banyak lagi keje yang gua harus setelkan. Bilik bersepah ! Nak kene kemas dapur, peti apa semua.Baju-baju banyak lagi yang belum basuh. Macam tak ada mud pulak nak balik.Begituu pulak jadinyerr !! Hamboi aku nih macam nak balik oversea pulak! kelantan jee pun.hahaha!! Heppi kut.Nak masak sepcial sikit untuk Abang aku hari nih.Conpem lorh pasni dia miss dengan masakan aku! Sekian lah untuk harini uolss.Satu entri pun jadilah tuu!! Bukti aku masih aktif berblogging . uols doakan perjalanan aku selamat . sambil dengar lagu Ezlyn ( kini kau kata hai2..ku katakan bye2)  hehe .