Aku manusia tak sempurna ~

Isnin, 12 Mac 2012

Al-Fatihah buat Dirang ~






Akhirnya ...Misteri kehilangan Adik Nurul Nadhirah atau lebih dikenali dengan panggilan manja Dirang akhirnya sudah terjawab hari ni . Opss! di mana adik Nadhirah menghilang ? Apa sebenarnya yang berlaku pada Adik Nadhirah? ..Oh emm gee! rupenyee penemuan rangka tulang manusia yang  rentung di Ladang Kelapa sawit baru-baru ini adalah milik Adik Nadhirah yang dikatakan hilang sejak 1 mac lalu! Bagi aku kes sebegini bukanlah  satu perkara baru yang berlaku dalam negara kita ,Malaysia.Sebelum  ini pun kita pernah dikejutkan degan kes penculikan dan pembunuhan Adik Nurin Shazlin Jazimin,kes kehilangan Adik Sharlini dan beberapa lagi kanak-kanak yang masih belum ditemui. Ini membuktikan Manusia zaman sekarang sudah hilang sifat perikemanusiaan dalam diri sehingga sanggup menculik,membunuh bahkan membakar kanak-kanak yang tidak berdosa!!!Adakan ini disebabkan kealpaan ibu bapa mereka dalam mengawal anak-anak mereka? Hanya Tuhan Yang Maha Mengetahui segalanya tapi dalam kes penculikan Adik dirang ni  mungkin  disebabkan      kelalaian ibunya sendiri yang leka bermain facebook sehingga menyuruh anaknya membeli mee segera dan telur berseorangan diri di kedai runcit meskipun  dirang baru berusia 5 tahun .... marilah kita sama2 berdoa agar kehilangan Adik Sharlinie dan beberapa kanak-kanak lain ditemui walaupun dalam keadaan sadis sekalipu...At least jumpa jugak kan .. Ameen ,,Ameen .....Al-fatihah buat Adik Dirang .Ya Allah grant  her paradise! Takziah buat Ahli keluarga Dirang. ...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan